Wednesday, January 5, 2011
Monday, January 3, 2011
JIRIM 2010 tarik penyertaan lebih 600 remaja dari seluruh negara
ULU YAM, 26 Disember – Lebih 600 remaja dari seluruh pelusuk negara menyertai Jambori Remaja Muslim Nasional (JIRIM) kali ke-2 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) yang telah berlangsung di Kem Nur Laman Bestari Ulu Yam.
Majlis perasmian penutupan JIRIM ke-2 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair bin Mohamad Yusof. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ISMA, Encik Abdul Rahman bin Md Dali dan Penasihat KRIM, Dr. Kamil Azmi bin Tohiran.
Jambori yang diadakan selama tiga hari dua malam ini berkonsepkan aktiviti-aktiviti lasak yang bukan sekadar menguji ketahanan fizikal, malah kemampuan minda berfikir dengan soalan-soalan yang menguji kefahaman peserta tentang Islam dan al-Quran.
“Kita disogokkan dengan pelbagai isu semasa yang kebanyakannya adalah negatif dari pelbagai arah. Hal ini kian meruncing dengan bertambahnya gejala-gejala sosial termasuk keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat kita. Atas sebab itu, KRIM terpanggil untuk bersama menggembleng tenaga memancarkan gelombang positif kepada masyarakat terutamanya golongan muda seperti remaja. Salah satu usaha KRIM adalah dengan penganjuran JIRIM yang mana telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh Malaysia,” jelas Mohd Soufi bin Anual, Pengarah JIRIM 2 berkenaan objektif KRIM menganjurkan program ini.
Beliau turut menekankan bahawa, ‘penganjuran JIRIM hanya merupakan permulaan kepada kebangkitan agenda membangun ummah.’
Jumlah penyertaan daripada peserta perempuan juga tidak kurang hebat. Timbalan Pengarah JIRIM 2, Saudari Nurul Fariena bt. Asli menyatakan bahawa peserta perempuan hebat, bagus dan mempunyai sasaran sendiri untuk menyertai JIRIM 2. Mereka turut membuktikan semangat dengan menyertai semua aktiviti walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, termasuklah hujan lebat yang melanda kawasan kem tersebut.
Para peserta apabila ditanya respon masing-masing amat mengharapkan kepada penganjuran Jambori Remaja Muslim Nasional kali ke-3 dan menyatakan bahawa pengalaman yang mereka lalui sepanjang JIRIM 2 ini benar-benar berharga dan merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan.
Mohd Syafi bin Mohd Ridhuan Tee, salah seorang peserta mengucapkan rasa syukur menyertai JIRIM 2 ini dan merasakan ia banyak memberi impak kepada setiap individu. Beliau turut merasakan bahawa kem ini lebih istimewa dan lain daripada kem-kem lain kerana ia menerapkan nilai iman dan Islam dalam setiap individu seperti menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, penerapan Islam dalam setiap aktiviti, dan merapatkan silaturrahim sesama peserta daripada pelbagai negeri.
* Kepada peserta-peserta Krim Perak tahun ni naik 1 bas tahun depan 2 bas ya insyaAllah
Monday, December 27, 2010
SUKA DUKA JIRIM 2 2010!
Monday, December 20, 2010
PROMO VIDEO JIRIM 2
Monday, December 13, 2010
Friday, November 5, 2010
PROGRAM JIRIM 2. DAFTAR SEGERA!

* Peserta dari Perak yang ingin menaiki konvoi bas bersama-sama sila mendaftar & maklumkan sebelum 24/11/2010 untuk memudahkan urusan tersebut. Terima kasih atas kerjasama.Jom sertai JAMBORI REMAJA MUSLIM........JIRIM
Friday, September 17, 2010
Sunday, August 29, 2010
MABIT Jama'ie ISMA & KRIM Perak di Gerik
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak sekali lagi menganjurkan program 'Malam Bina Iman & Taqwa', dihadiri oleh para AJK KRIM dan PEMBINA Perak. Program bermula dengan iftar jama'ie di masjid Kampung Kenayat, Gerik. Seramai lebih kurang 70 orang ahli terdiri dari para ustaz, para cikgu, aktivis dakwah & pelajar-pelajar telah hadir mengimarahkan masjid untuk menghidupkan malam dengan mengingati Allah.Setelah solat tarawikh, para hadirin bertaaruf dalam sebuah bulatan besar. Anak-anak para ustaz yang masih kecil turut memperkenalkan diri masing-masing. Ukhuwwah islamiyyah yang menzahirkan kegembiraan jelas tergambar pada muka-muka para peserta program.

Peserta program yang lewat termasuk penulis telah dikenakan denda menghabiskan 1 juz bacaan Al-Qur'an. Jenuh juga menghabiskannya pada malam itu. Sesi tadarus Al-Qur'an berlangsung dengan jayanya, dengan pembahagian 12 kumpulan tadarus. Semua telah ditetapkan untuk menghabiskan bacaan surah Al-Kahfi secara bertadarus.
Qiamlullail bermula pada jam 4.00 pagi, para peserta melakukan solat sunat Taubat, Tahajud & Hajat diimami oleh Ustaz Zamri hashim selaku biro dakwah ISMA Perak & peserta lain dari Akademi Ikatan Muslimin, ipoh.
Setelah solat subuh, para peserta dihidangkan dengan tazkirah & taujihat berkenaan malam nisfu Syaaban & Sirah Rasulullah s.a.w di sepanjang Ramadhan. Ustaz Shahruzzaman Bistamam selaku pentaujih begitu bersemangat menyampaikan tazkirah. Al-Ustaz juga menekankan kepentingan & kedudukan Al-Aqsa di mata para muslimin, yang kini dikuasai Yahudi laknatullah di Palestin. "Menjadi satu kesalahan yang amat besar jika para muslimin tidak merasai kebersamaan & kesatuan dengan Masjid Al-Aqsa", ujar Al-Ustaz.
Mabit jama'ie menemui penghujungnya setelah selesai tazkirah subuh oleh Ustaz Shahruzzaman. Para peserta program masing-masing bersalaman & mengucapkan selamat tinggal. Sesi bergambar tidak rasmi berjalan dengan senyuman & penuh kegembiraan. Moga Allah terus berkenan mencurahkan rahmat kasih sayangnya dengan memperkukuh tali persaudaraan para ikhwah. Amin.
Monday, August 16, 2010
Daurah Tausi'ah
Pada 6 dan 7 Ogos 2010, AJK KRIM Perak telah menghadiri program Daurah Tausi’ah bertempat di Darul Furqan, Seri Iskandar. Program yang bermula pada malam Jumaat itu disertai oleh para peserta dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Institut Teknologi MARA Cawangan Seri Iskandar (UITM Seri iskandar). Seramai 30 peserta hadir dan memberikan komitmen yang tinggi di sepanjang program.
Pengisian pertama oleh Akh Fakhrurozi berkisar tentang bekalan yang perlu ada pada diri seorang daie dalam jalan dakwah. Al-akh menekankan pemahaman tentang tujuan hidup yang agung sebagai seorang manusia yang seharusnya difahami oleh semua muslim, apatah lagi para penyeru ke jalan Allah. Akh Fakhrurozi turut menjelaskan kepada para peserta tentang konsep pengorbanan dalam dakwah dan hakikatnya bahawa pengorbanan yang sedikit tidak akan mampu membawa Islam menuju kemenangan.
“Al-Akh perlu memahami bahawa sesungguhnya dakwah ini tidak akan terbangun dengan sedikit duit dari hasil pendapatan atau sedikit luka, akan tetapi dakwah ini terbangun dengan penat jerih, pengorbanan jiwa dan raga para mukhlis yang mengharapkan redha Allah”- Imam Syahid Hassan Al-Banna
(Salah seorang peserta menekuni mushafnya)
Keesokan harinya, pada Sabtu pagi, Ustaz Zamri Hashim selaku ketua biro dakwah Ikatan muslimin malaysia (ISMA) Perak menyampaikan taujihat dan tazkirah kepada para peserta program. Peserta perempuan turut hadir untuk mendengar slot pengisian oleh Ustaz Zamri. Pengisian Al-Ustaz berkisar tentang kemenangan individu dan kemenangan ummah setelah selesai 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan. Kemenangan individu adalah sesuatu yang biasa berlaku setelah selesai Ramadhan yaitu kemenangan mengawal nafsu amarah, nafsu makan dan sebagainya. Namun, ummah tidak pernah menang sejak runtuhnya khilafah Islamiyyah yang terakhir. Tahun demi tahun, ummat Islam di Palestin, di Iraq, dan di seluruh dunia di tindas dan dizalimi. Ustaz Zamri menyeru para peserta program merealisasikan kemenangan ummah melalui amal dakwi, menyeru manusia seluruhnya kembali kepada jati diri islami yang sebenarnya.
(Ustaz Zamri Hashim menerima cenderamata daripada pengarah program, Akh Iman)
Setelah selesai pengisian Al-ustaz, para peserta dihidangkan dengan slot lakonan drama, bertujuan menguji kreativiti para peserta dan mengasah ketajaman fikiran peserta membumikan ‘fiqh keutamaan’ dalam diri masing-masing sepanjang kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang bersama saf perjuangan.
Setelah selesai lakonan drama, tamatlah program Daurah Tausi’ah. Para peserta bersalaman dan berselawat, bersama bekalan tarbawi dan ukhuwwah yang manis dibawa pulang ke tempat masing-masing.
Moga Allah memenangkan Islam melalui tangan-tangan mereka.
Sunday, August 1, 2010
Rehlah Ukhuwwah Bersama ISMA
Detik penghujung bulan Ogos telah diserikan dengan program ‘rehlah ukhuwwah’ anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina). Seramai 40 orang ahli daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP), Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Sri Manjong, Ipoh & Batu Gajah telah bersama-sama menjayakan program.
Peserta yang penat selepas bermain 'Baling Selipar' (Bekalan air sentiasa ada. terima kasih pakcik Amin, hehe)
Program yang menggandingkan kekuatan veteren dakwah dan juga para pemuda ini dijalankan di Teluk Senangin, Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah ‘Games Ukhuwwah’, bola sepak pantai, ‘Games Air’, ‘Permainan Selipar’ dan beberapa aktiviti lain.
Encik Ishak & Encik Mat sibuk membakar ayam, veteren yang hamasahnya tak pernah padam (Hatti-hati tuu, hangit nanti)
Program turut diserikan dengan kehadiran anak-anak veteren. Setelah penat beraktiviti, para peserta bersama-sama makan tengahari & berkenal-kenalan pada masa yang sama.
(Ustaz Shahruzzaman, terkenal dengan senyumannya =)
Sebuah sesi taaruf bersama para veteren berjalan baik. Ketua biro Dakwah ISMA merangkap presiden Aman Palestin Perak, Ustaz Shahruzzaman Bistamam menyampaikan taujihat setelah selesai solat zohor. Pengisian berkisar tentang bekalan yang perlu ada pada diri Da’ie, berdasarkan tafsir surah Al-Mudathir ayat 1 hingga 6
Wahai Orang-orang yang berselimut,
Bangunlah, lalu berilah peringatan!
Dan tuhanmu Agungkanlah,
Dan pakaianmu bersihkanlah,
Dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji,
Dan janganlah engkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak
Haa, sepak bola ke sepak kaki tu??
Misi membuat 'Piramid' (Tak jadi, disebabkan semua ikhwah berat-berat, hehe)
Program berakhir dengan sesi bersalaman, yang berjalan dengan penuh mahabbah. Para beserta bersalaman & berpelukan, bersama kenangan manis dan bekalan dakwah yang bermanfaat, dibawa pulang ke tempat masing-masing,
Seronok bersama ukhuwwah islamiyyah =)
Sunday, July 25, 2010
Ramadhan Yang Mulia
Wednesday, June 2, 2010
Tuesday, June 1, 2010
Penunjuk arah untuk ke Medan Gopeng, dari Utara
Penunjuk arah untuk ke Medan Gopeng, dari Kuala Lumpur
Saturday, May 22, 2010
Muslim Youth Summer Camp

Pelbagai aktiviti menarik menanti peserta! Melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur, insyaAllah para remaja akan mendapat manfaat yang banyak dari segi jasmani mahupun rohani.
Daftarkan segera!
Butiran lanjut mengenai program:
-----------------------------------------
"Muslim Youth Summer Camp"
-Tarikh : 5 hingga 7 Jun, 2010 (3 hari 2 malam)
-Peserta : 13-17 tahun
-Tempat : Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Pantai Remis Perak.
-Hubungi : En. Syed (019-4941338) atau En. Shahfi (013-5962011) untuk pendaftaran
-----------------------------------------

















