Sukacita dimaklumkan, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Perak akan mengadakan program 'Muslim Youth Summer Camp' untuk para remaja pada 5, 6 dan 7 Jun 2010.
Pelbagai aktiviti menarik menanti peserta! Melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur, insyaAllah para remaja akan mendapat manfaat yang banyak dari segi jasmani mahupun rohani.
-Tarikh : 5 hingga 7 Jun, 2010 (3 hari 2 malam) -Peserta : 13-17 tahun -Tempat : Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Pantai Remis Perak. -Hubungi : En. Syed (019-4941338) atau En. Shahfi (013-5962011) untuk pendaftaran
Alhamdulillah, pada 9 Mei 2010 Kelab Remaja ISMA cawangan Perak telah menganjurkan program daurah bertempat di Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Medan Gopeng, Ipoh.
Dengan bermatlamatkan memberi pendedahan tentang realiti keadaan masyarakat khususnya golongan muda di Malaysia, KRIM Perak telah menyajikan pengisian pengisian yang bersemangat kepada para peserta program.
Peserta-peserta program terdiri daripada 30 orang pelajar dari daerah Gerik, Teluk Intan, Bota, dan Ipoh.
Pengisian yang disampaikan oleh Ustazah Balqis membawa para peserta mengenali diri sendiri. Dengan tayangan video yang amat menyentuh, para peserta diberi pendedahan tentang asal kejadian manusia yang sesungguhnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan, melainkan kekuatan yang dikurniakan Allah.
Slot pengisian ke-dua disampaikan oleh Encik Muslim, seorang penggerak remaja yang cukup dikenali dalam kalangan pelajar-pelajar yang bersama Ikatan Muslimin Malaysia di Australia. Pengisiannya berkisar tentang satu-satunya identiti yang layak ditonjolkan oleh seorang pemuda yang bergelar muslim, iaitu identiti yang mulia, identiti Islam.
Keberkesanan ceramah-ceramah yang disampaikan dimaksimumkan lagi dengan sesi LDK ataupun 'sharing session' bersama para fasilitator. InsyaAllah, program-program yang bermanfaat sebegini akan diteruskan oleh team KRIM Perak di masa akan datang.
Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah program Daurah akan diadakan dibawah anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Perak.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai program tersebut:
PENDAHULUAN
Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya. Mereka pewaris kepada
dai’Ilallah.Anak-anak ini perlu dididik dan diasuh dengan sebaiknya demi melahirkan generasi yang beriman, beramal dan bertaqwa.Cabaran dunia kini mendedahkan anak-anak remaja kepada pelbagai gejala sosial dan pengaruh-pengaruh yang tidak menepati syariatIslam.Anak-anak terdedah dengan pelbagai pengaruh teknologi seperti televisyen dan internet yang sering memaparkan pelbagai hiburan yangtidak menepati syariat Islam. Justeru itu, Daurah ini dirancang untuk mendedahkan kepada anak-anak remaja bahawa perlu ada pengisian dan ilmu pengetahuan yang mantap agar menjadi benteng daripada pelbagai dugaan masakini.
MATLAMAT
Mendedahkan kepada anak-anak remaja KRIM Perak dengan realiti masyarakat dahulu, kini dan akan datang. Ini semua sebagai persediaan mental dan fizikal agar mereka bersedia dengan cabaran-cabaran akan datang.
OBJEKTIF
1.1Anak-anak remaja dapat memahami cabaran terkini untuk menjadi remaja Islam yang unggul.
1.2Mewujudkan remaja KRIM yang mempunyai jatidiri Islam yang berwawasan.
1.3Menimbulkan perasaan berani untuk berhadapan dengan masyarakat.