Sunday, May 16, 2010

Daurah Kelab Remaja ISMA Perak berjalan lancar

Alhamdulillah, pada 9 Mei 2010 Kelab Remaja ISMA cawangan Perak telah menganjurkan program daurah bertempat di Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Medan Gopeng, Ipoh.

Dengan bermatlamatkan memberi pendedahan tentang realiti keadaan masyarakat khususnya golongan muda di Malaysia, KRIM Perak telah menyajikan pengisian pengisian yang bersemangat kepada para peserta program.




Peserta-peserta program terdiri daripada 30 orang pelajar dari daerah Gerik, Teluk Intan, Bota, dan Ipoh.

Pengisian yang disampaikan oleh Ustazah Balqis membawa para peserta mengenali diri sendiri. Dengan tayangan video yang amat menyentuh, para peserta diberi pendedahan tentang asal kejadian manusia yang sesungguhnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan, melainkan kekuatan yang dikurniakan Allah.




Slot pengisian ke-dua disampaikan oleh Encik Muslim, seorang penggerak remaja yang cukup dikenali dalam kalangan pelajar-pelajar yang bersama Ikatan Muslimin Malaysia di Australia. Pengisiannya berkisar tentang satu-satunya identiti yang layak ditonjolkan oleh seorang pemuda yang bergelar muslim, iaitu identiti yang mulia, identiti Islam.

Keberkesanan ceramah-ceramah yang disampaikan dimaksimumkan lagi dengan sesi LDK ataupun 'sharing session' bersama para fasilitator. InsyaAllah, program-program yang bermanfaat sebegini akan diteruskan oleh team KRIM Perak di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment