Monday, January 10, 2011

JIRIM 2. MEMANG BEST !

"Impact 2 Perfect!" itulah Tema yang dipilih untuk JIRIM (II).seramai hampir 650+ remaja muslim lelaki + perempuan telah membanjiri Kem "Nur Laman Bestari",Ulu Yam,Selangor Darul Ehsan.Kebanyakan mereka ini datang dari seluruh negeri-negeri di malaysia seperti Perak,Johor,Melaka,Perlis,Terengganu dan sebagainya.




3 hari 2 malam mereka semua menjalani pelbagai aktiviti yang penuh dengan cabaran & dugaan...GEMPUR JIRIM merupakan aktiviti malam pertama...atau nama lainya= WAR GAME !!


Aktiviti ini berakhir pada jam 1.30 pagi...Semua peserta kelihatan keletihan...YE KE?

HARI KE 2 DAN KE 3




InsyaAllah JIRIM 3 akan menyusul. Pastikan anda tidak terlepas peluang lagi kali ini. Semoga Allah memberkati usaha ini insyaAllah.

- kredit to KRIM Johor

Thursday, January 6, 2011

SEED THE RESOLUTION


Kepada para remaja lepasan SPM 2010, jom sertai SEED THE RESOLUTION. Marilah berkenalan dengan wakil PEMBINA dari pelbagai institusi seperti RPMC(Royal Perak Medical College), UTP(Universiti Teknologi Petronas), UITM, PUO(Politeknik Ungku Omar, INTIM & lain-lain. Jangan lepaskan peluang ini !

Belajar dari kemenangan Harimau Malaya


Tahniah kita ucapkan kepada barisan muda skuad bola sepak kebangsaan yang melakar sejarah menjuarai Piala Suzuki AFF tempoh hari selepas 14 tahun tidak dapat dilakukan oleh pemain senior. Begitu juga kemenangan mereka pada Sukan Sea 2009 selepas 20 tahun lesu tanpa emas. Kemenangan ini cukup bermakna apa lagi selepas sekian lama sukan bola sepak tanah air dilihat tidak begitu bermaya. Sebab itu kehebatan Harimau Malaya menundukkan Garuda dengan agregat 4-2 di depan 95,000 penyokong Indonesia sampai hari ini masih menjadi perbualan di kedai kopi, kafe mahupun pejabat. Pertama kalinya juga dalam sejarah bolasepak, pemain-pemain diiringi kereta perisai untuk masuk ke dalam stadium sedangkan kita tahu bahawa ianya digunakan untuk medan peperangan. Inilah yang ingin sama-sama kita mengambil iktibar daripada semangat juang mereka yang tinggi sebagai orang muda iaitu rata-ratanya di bawah umur 23 tahun.

Pemuda adalah generasi yang paling menentukan. Dalam Al-Quran Allah swt. selalu menegaskan pentingnya masa muda. Ashhabul kahfi digambarkan oleh Allah bahawa mereka adalah sekumpulan anak muda. Allah berfirman: "Innahum fityatun aamanuu birabbihim wazidnaahum hudaa. Mereka adalah anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah hidayah untuk mereka. "Dari ayat ini nampak bahawa masalah kepemudaan oleh Allah sangat ditekankan. Ditekankan kerana tidak saja masa muda adalah masa berbekal untuk hari tua, melainkan juga di masa muda itulah segala kekuatan dahsyat terlihat. Dari apa yang pernah kita alami dan kita saksikan ada beberapa keistimewaan masa muda yang penting :

Pertama, masa muda adalah masa yang penuh keberanian. Kita dapati di sekitar kita banyak anak muda berani mati, hanya sayangnya itu dterjemahkan dalam bentuk perilaku yang kurang produktif seperti dengan gejala mat rempit, dadah, lumba haram dan pelbagai lagi. Betapa indahnya jika kemudian jiwa berani mati ini disalurkan untuk kebaikan seperti dengan bekerja keras dalam usaha yang lebih produktif dan menegakkan keadilan. Genarasi sahabat Nabi saw. adalah contoh genarasi muda yang bergerak cepat untuk menyelamatkan bumi dari sabotaj orang-orang zalim. Oleh itu pada zaman sahabat mereka mencapai masa keemasan yang indah penuh kedamaian dan kesejahteraan.

Kedua, masa muda adalah masa yang paling berkesan untuk menabung amal untuk hari tua. Karena Nabi saw. menyebutkan dalam salah satu haditsnya: "Syabaabaka qabla haramika. Masa mudamu sebelum masa tuamu. "

Ertinya jangan menunggu tua untuk beramal, sebab beramal di masa tua sudah banyak keterbatasan. Di masa muda kita boleh bergerak cepat menghadiri majlis ilmu, membantu mangsa bencana, berdakwah menyebarkan Islam ke seluruh penjuru bumi dan lain sebagainya.

Berbeza dengan keadaan tua, amal soleh baginya sangat sempit dan lebih bersifat ritual saja. Kerana itu di hari Kiamat nanti, ketika manusia meniti di atas shirat, Nabi saw. menjelaskan bahawa akan ada tanggungjawab khusus untuk masa muda, untuk apa ia gunakan.

Ketiga, masa muda adalah masa yang paling kuat secara fizikal mahupun secara psikologi. Banyak anak muda tidak kenal lelah naik-turun gunung hanya sekadar hobi. Tidak sedikit anak muda yang tidak pernah penat menunggang basikal, terjun bebas dari ketinggian yang sangat curam dalam keadaan yang sangat mengerikan. Itu semua dilakukan sekadar hiburan. Alangkah baiknya jika kekuatan masa muda itu digunakan untuk bersungguh-sungguh mencari ilmu untuk memahami ilmu Islam dan mengajarkannya.

Lihatlah bagaimana ulama terdahulu telah menggunakan masa muda mereka untuk sesuatu yang bermakna bagi umat ini. Imam Bukhari dan Iman Muslim mampu mengumpulkan hadis-hadis Nabi saw. dan memilihnya secara ketat sehingga menjadi karya monumental yang tidak saja menyelamatkan umat tetapi lebih dari itu menyelamatkan agama.

Keempat, masa muda adalah masa subur idealisme. Banyak peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah adalah kerana idealisme masa muda. Maka gunakan anugerah ini untuk melahirkan pelbagai bentuk program-program yang Islamik.

Oleh kerana itu, sudah saatnya kini generasi muda dijaga. Jangan biarkan mereka berjalan tanpa tuntunan. Tugas generasi tua adalah memberikan bimbingan, bukan melemparkan mereka ke lubang kehancuran. Bukan orang tua yang baik, bila membiarkan anak-anak mudanya rosak iman dan idealismenya. Ingat, bahawa hanya dengan iman kukuh anak-anak muda akan menjadi berjaya. Berjaya secara keduniaan, lebih dari itu berjaya secara akhirat. Sebagaimana tokoh-tokoh muda yang mampu menorehkan sejarah perubahan dari masa ke masa sepanjang hidup ini.

Monday, January 3, 2011

JIRIM 2010 tarik penyertaan lebih 600 remaja dari seluruh negara

ULU YAM, 26 Disember – Lebih 600 remaja dari seluruh pelusuk negara menyertai Jambori Remaja Muslim Nasional (JIRIM) kali ke-2 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) yang telah berlangsung di Kem Nur Laman Bestari Ulu Yam.

Majlis perasmian penutupan JIRIM ke-2 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair bin Mohamad Yusof. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ISMA, Encik Abdul Rahman bin Md Dali dan Penasihat KRIM, Dr. Kamil Azmi bin Tohiran.

Jambori yang diadakan selama tiga hari dua malam ini berkonsepkan aktiviti-aktiviti lasak yang bukan sekadar menguji ketahanan fizikal, malah kemampuan minda berfikir dengan soalan-soalan yang menguji kefahaman peserta tentang Islam dan al-Quran.

“Kita disogokkan dengan pelbagai isu semasa yang kebanyakannya adalah negatif dari pelbagai arah. Hal ini kian meruncing dengan bertambahnya gejala-gejala sosial termasuk keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat kita. Atas sebab itu, KRIM terpanggil untuk bersama menggembleng tenaga memancarkan gelombang positif kepada masyarakat terutamanya golongan muda seperti remaja. Salah satu usaha KRIM adalah dengan penganjuran JIRIM yang mana telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh Malaysia,” jelas Mohd Soufi bin Anual, Pengarah JIRIM 2 berkenaan objektif KRIM menganjurkan program ini.

Beliau turut menekankan bahawa, ‘penganjuran JIRIM hanya merupakan permulaan kepada kebangkitan agenda membangun ummah.’

Jumlah penyertaan daripada peserta perempuan juga tidak kurang hebat. Timbalan Pengarah JIRIM 2, Saudari Nurul Fariena bt. Asli menyatakan bahawa peserta perempuan hebat, bagus dan mempunyai sasaran sendiri untuk menyertai JIRIM 2. Mereka turut membuktikan semangat dengan menyertai semua aktiviti walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, termasuklah hujan lebat yang melanda kawasan kem tersebut.

Para peserta apabila ditanya respon masing-masing amat mengharapkan kepada penganjuran Jambori Remaja Muslim Nasional kali ke-3 dan menyatakan bahawa pengalaman yang mereka lalui sepanjang JIRIM 2 ini benar-benar berharga dan merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Mohd Syafi bin Mohd Ridhuan Tee, salah seorang peserta mengucapkan rasa syukur menyertai JIRIM 2 ini dan merasakan ia banyak memberi impak kepada setiap individu. Beliau turut merasakan bahawa kem ini lebih istimewa dan lain daripada kem-kem lain kerana ia menerapkan nilai iman dan Islam dalam setiap individu seperti menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, penerapan Islam dalam setiap aktiviti, dan merapatkan silaturrahim sesama peserta daripada pelbagai negeri.


* Kepada peserta-peserta Krim Perak tahun ni naik 1 bas tahun depan 2 bas ya insyaAllah