Thursday, November 5, 2009

Tips Peperiksaan =)

Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari
Belajar Untuk Belajar
-Jangan Takut Pada Peperiksaan
-Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
-Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.

Kenal Pasti Cara Belajar
-Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
-Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
-Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.

Klik Read more di bawah untuk bacaan selanjutnya

Follow up:


Teknik Belajar
-Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
-Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.

Sikap Di Dalam Kelas
-Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
-Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.

Masa Dalam Kelas Sangat Penting
-Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
-Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
-Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
-Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
-Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.

Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
-Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
-Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
-Jangan Lupa Bawa Buku Teks
-Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
-Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

Mendengar Secara Berkesan
-Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
-Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
-Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.

Belajar Merancang Masa
-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.

Buat Jadual Waktu Belajar
-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

Bosan,Bosan Apa Ubat Nya
-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
-Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

Strategi Ulangkaji
-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
-Bincang Dengan Rakan-Rakan

Teknik Membaca
-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

Buat Nota Dengan Baik
-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

Manfaatkan Bahan Rujukan
-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
-Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

Strategi Cemerlang Peperiksaan -1
-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
-Mengingati Tajuk
-Buat Nota

Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu

Mengatasi Persoalan Seperti
-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
-Subjek Ini Cukup Membosankan
-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat

Persoalan - 2
-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
-Terlalu Banyak Untuk Dihafal
-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir

Masa Depan Yang Cerah
-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
-Kehidupan Yang Lebih Baik.

Kata Hikmat
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.

Kata Bestari
-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.

Wednesday, September 9, 2009

JOm KejaR Lailatul Qadr Yoep!!


Salam Ramadhan,

Hai! Apa Khabar? Bagaimana dengan puasa adik-adik sekalian? Walapun bulan ramadhan kali ini kita terpaksa bersekolah dan menelaah pelajaran, abg KrimPerak mengharapkan adik-adik pembaca tak menjadikannya sebagai alasan untuk menjadi malas serta pasif dalam aktiviti seharian. Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan di dalam bulan ini akan dilipat gandakan ganjaran pahalanya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Best tu!!!


Enrti kali ini abg KrimPErak ingin berkongsi mengenai Lailatul Qadr. Apa itu Lailatul Qadr? Secara ringkasnya lailatul Qadr ini adalah malam yang penuh istimewa yang hanya berlaku dalam bulan ramadhan sahaja. Lailatul Qadr ini berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (al-Qadar:1-5)

Apa yang istimewanya malam ni? Tau tak adik-adik pembaca sekalian bahawa pada malam ini
ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan.

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).


Malam ini juga allah s.w.t memberikan nilai pengampuan yang tinggi kepada hambanya yang beribadat pada malam tersebut.

Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Apa yang kita tunggu lagi? Malam ini sudah bermulanya malam 10 terakhir ramadhan. Abg KrimPerak ingin menyeru adik-adik pembaca untuk mencari malam lailatul Qadr ini. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah.. MOh Yoep!!! =)

Sunday, July 26, 2009

Seribu Harapan. 2

[Keesokan harinya : Sabtu, 10 Pagi]
"Hamzah... Hamzah...
"Ye Ibu, ade ape ibu?"
"Ibu nak pergi pejabat ni, hari ni ibu jadi cikgu. Kena ajar orang. Hamzah nak ikut?"
"Ibu nak pergi pejabat, jadi cikgu?"
"Ajar orang?"
"Pejabat pun ada cikgu jugak ke?"
"Yela mestilah ada, kenapa, tak percaya ke Hamzah? "
"Percaya. Tapi, cikgu di sekolah dengan cikgu di pejabat sama ke ibu?"


Runsing Hamzah dengan kata-kata ibunya. Tetapi kerunsingannya itu membuatkan Hamzah ingin mengetahui lebih lanjut penjelasan ibunya.
"Hm, lebih kurang je, cuma yang ibu akan ajar nanti, bukan kanak-kanak yang seumur dengan Hamzah, tapi ajar orang-orang tua, kawan-kawan perempuan ibu."
Jelas ibunya sambil bersiap lalu mengambil kunci kereta Viva silvernya yang terletak di rak kunci.

"Hamzah nak ikut tak? Ibu dah lambat ni."
"Nak, nak!" Sahut Hamzah keriangan.
Bergegas Hamzah pergi ke bilik menukar pakaian kesukaannya, t-shirt 'Kicki Lhala' , berkolar hijau.
Entah mengapa kali ini Hamzah begitu bersemangat hendak mengikut ibunya selepas mendengar penjelasan ibunya tadi. Mungkin tertarik dengan kata-kata ibunya sebentar tadi,
("Tapi ibu ajar orang-orang tua, kawan-kawan perempuan ibu.")
"Tak sabar Hamzah nak tengok ibu ajar makcik makcik kat pejabat nanti. Ibu mesti power nantikan?" Tersengih-sengih Hamzah cuba berseloroh dengan ibunya.
Ibu Hamzah mampu tersenyum sambil mencubit pipinya yang tembam itu.
"Eee... Geramnya ibu dengan anak ibu seorang ni. Kecil kecil lagi dah pandai bergurau." Usik ibunya.
Di pejabat :
.......

Gerhana matahari terbahagi kepada empat jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh dan cincin) dan gerhana separa (sebahagian).

Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Dilaporkan, masyarakat Jepun bakal meraikan gerhana penuh dengan percikan bunga api, manakala di India, wanita hamil tidak dibenarkan keluar rumah bagi mengelak cahaya halimunan matahari dan pelbagai tahyul berkaitan gerhana matahari.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah online menyatakan masyarakat Islam perlu melihat fenomena ini secara positif sebagai memperlihatkan kekuasaan Allah yang memperlihatkan matahari yang bercahaya secara tiba-tiba menjadi gelap, kemudian bercahaya semula.

Kehebatan kekuasaan Allah mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qada dan qadar-Nya.

Allah berfirman dalam al-Quran menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan itu adalah di bawah tadbir-Nya.

Oleh itu sujudlah kepada Allah yang mengawal selia dan menyelenggara terbit dan terbenam matahari serta bulan.

Firman-Nya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah." – (Surah al-Fussilat, ayat 37)

Catatan sejarah Islam memperlihatkan gerhana matahari berlaku pada 10 Rabiulawal tahun kelapan Hijrah. Kebetulan gerhana matahari itu berlaku sewaktu kematian putera Baginda SAW, iaitu Ibrahim ketika usianya baru 70 hari. Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud: "Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu." – (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari)

Sesungguhnya berlakunya gerhana matahari atau bulan memang menjadi tanda kebesaran Allah dan supaya manusia bersyukur terhadap-Nya tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun.

Imam an-Nasaie meriwayatkan, Saidatina Aishah berkata: "Dan sesungguhnya sudah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang .....

[Setelah beberapa jam berlalu maka tamatlah aktiviti-aktiviti + program-program di pejabat]

Sepanjang perjalanan pulang, hamzah tidur dengan nyenyak. Mungkin penat bermain dengan kawan seumurya di pejabat tadi, atau penat mendengar celoteh ibunya.

Begitulah Hamzah, seorang kanak kecil yang berlari dan terus berlari.

Seribu Harapan

"Ibu... ibu, tengok tu, cantiknya benda yang ada atas langit tu, benda apa tu Bu? UFO ke?" Tanya seorang kanak kecil berusia lima tahun itu sambil menarik narik baju ibunya menunjuk ke arah benda yang dilihat seperti UFO itu, Hamzah namanya.












Tersipu sipu ibunya mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir anaknya setelah melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya tadi.




"Bukan UFO la Hamzah. Itulah gerhana matahari... bukan senang nak jumpa benda tu tau." Balas Ibu cuba memahamkan Hamzah.











"Oo yeke, Powernye matahari hari ni Ibu, lain dari yang lain, siap boleh tukar tukar lagi, sebelum ni warna lain, hari ni warna lain pulak bu. macam transformers la..."


Hamzah cuba menarik perhatian ibunya yang sedang memerhati gelagat lucunya itu.



Tersenyum ibunya sambil mengusap-usap kepala anaknya itu. Dengan membawa seribu makna minda dan hati.


"Semoga menjadi anak yang berjaya dalam kehidupanmu wahai anakku, Hamzah..."

Doa ibunya dalam hati dengan makna yang cukup mendalam.




Bersambung...

Friday, July 24, 2009

Kontroversi Isra' Mi'raj?

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Q.S. Al-Isra 17:1)


"Dan sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. Di dekat (Sidratul Muntaha) ada surga tempat tinggal.
(Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh suatu selubung.
Penglihatannya tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar." (Q.S. An-Najm 53:13–18)










Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah seminggu Isra` Mi`raj pada 27 Rejab 1430 bersamaan 20 Julai 2009 yang disambut oleh seluruh umat Islam sedunia telah berlalu pergi.



Adakah kita kenal apa itu Isra' Mi'raj?


Apa sejarahnya?


Bagaimana boleh terjadinya peristiwa Isra' mi'raj ini?
*Persoalan yang boleh sama-sama kita renungi bersama*




Secara ringkasnya, kita mengenal Isra' Mi'raj (الإسراء والمعراج) sebagai peristiwa Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan malam dari Mekkah ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit (Sidrathul Muntaha) dan kembali ke Mekkah pada saat fajar bersama Malaikat Jibril.


Dalam peristiwa ini Nabi Muhammad SAW menerima wahyu tentang ibadah Solat.



Kisah yang termaktub di dalam al-Quran ini menjadi fenomena sekaligus perdebatan, baik di kalangan muslim sendiri maupun di kalangan ilmuwan.

Kontroversi yang utama adalah tentang eksistensi Masjidil Aqsa. Awal Isra adalah dari Masjidil Haram atau Kaabah di Mekkah.










Apa yang termaktub didalam al-Quran ialah Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.



Masjidil Aqsa mempunyai erti ‘masjid terjauh’. Masjidil Aqsa seperti yang kita kenali adalah berada di kawasan Al-Haram ash-Sharif –Temple Mount menurut Yahudi dan Nasrani– di Jerusalem. Selain Masjidil Aqsa di kawasan tersebut terdapat Qubbah As-Sakhrah atau Dome of the Rock. Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh kekhalifahan Umayyah, Abdul Malik bin Marwan, dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang siap pada tahun 710M.










Persoalan yang adalah, benarkah di kawasan tersebut kekhalifahan Umayyah membangun Masjidil Aqsa sebagaimana yang tertera dalam al-Quran sebagai tempat Nabi Muhammad SAW menuju dalam perjalanan malamnya di tahun 621M? Benarkah Masjidil Aqsa dalam al-Quran adalah Masjidil Aqsa di Jerusalem tersebut?



Para ilmuwan dan ahli sejarah berpendapat bahawa Masjidil Aqsa yang dibangun adalah pengejawantahan ayat al-Quran supaya menjadi kenyataan kerana di tahun 621M di kawasan tersebut tidak ada bangunan masjid bernama Aqsa,



dan pendapat yang kedua adalah bahawa Masjidil Aqsa yang tertera di dalam al-Quran adalah Masjid Nabawi di Madinah yang dibangun oleh Rasulullah SAW ketika hijrah, namun hal ini masih dipersoalkan kerana Isra' terjadi setahun sebelum Hijrah ke Madinah terjadi.


Wilayah Jerusalem termasuk ke dalam wilayah yang disebut West Bank atau Tepi Barat (sebutan dari PBB), sebuah wilayah yang tidak dimiliki oleh negara manapun atau dalam erti kata lain, tidak pernah dijajah.



Wilayah lainnya adalah seperti Jalur Gaza. Jalur Gaza dan Tepi Barat dihuni oleh orang-orang Palestin sebanyak 80 peratus dan selebihnya merupakan orang-orang Israel. Kaum dan negara yang berkepentingan terhadap tanah suci ini berpegang teguh pada kepercayaannya.




Israel ingin Palestin keluar dari tanah tersebut, begitu juga sebaliknya Palestin ingin Israel keluar dari tanah suci tersebut.



Entah sampai bila konflik Arab-Israel ini akan berakhir, mungkin memang tanah suci tersebut ditakdirkan menjadi arena peperangan dan jihad, sedangkan Masjidil Aqsa dalam al-Quran nyata jelas disebut yang bermaksud “Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya.”


Wallahualam.

Selain kontroversi juga, terdapat propaganda yang menyesatkan seperti Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan dengan menaiki buraq, binatang berekor, bersayap, berkepala wanita.



Buraq ini sering digambarkan dalam karya seni, namun hal tersebut adalah propaganda terhadap kiasan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang ‘penunggang’ wanita. Dari rujukan Hadits Bukhari, “Suatu hari malaikat Jibril datang dan membawa Nabi, lalu dibedahnya dada Nabi dan dibersihkannya hatinya, diisinya dengan iman dan hikmah.



Kemudian didatangkan buraq, ‘binatang’ berwarna putih yang langkahnya sejauh pandangan mata.


Maka dengan buraq itu Nabi melakukan isra’ dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa” Jadi, tidak disebutkan bahwa buraq itu berkepala wanita.


Tentang Isra' Mi'raj ada satu artikel yang ditulis oleh Imam A. M. Khattab di Islamic Center of Greater Toledo, Ohio, yang menyimpulkan tentang Isra' dan Mi'raj terjadi karena nyata tertulis dalam Quran, sedangkan prosesnya jelas sangat jauh dari alam pemikiran manusia.



Para ulama Muslim umumnya meyakini salah satu dari tiga pendapat berikut:


“There are three opinions. Some say he had seen it in his dream and the dream of the Prophet is true. Another group of ulama said no the journey had taken place but by his soul only not by his body. A third group of ulama said no he traveled body and soul. Who is correct I don’t know? I could choose any one of those opinions and every one of you is free to choose any one of those. That’s Islam. These are the Ayat Mutashabihaat, which are subject of ijtehad. But if you go and say these words in Masjid Saad [located on Monroe Street, Toledo, Ohio] they will declare you a kafir. But if you read all of the explanations (tafseers) of the Qur’an you will find these three opinions in them. So the important thing is that as Muslims we believe that the event of Isrā and Mirāj are occurred”.



Jadi, inilah antara rungkaian-rungkaian yang terdapat di negara dunia yang memberikan hujah-hujah mereka mengenai Isra' mi'raj. Apapun kajian dan penelitian mereka, kita wajiblah meyakini bahawa setiap kejadian dan ketentuan Allah itu Benar dan pasti ada hikmahnya. Semoga kita sama-sama dapat mengambil 'Ibrah' daripadanya, InsyaAllah Ameen...

Saturday, June 13, 2009

Kem Generasi Harapan Meriah!!



30 Mei- Kelab Remaja Isma Perak telah mengadakan Kem Remaja Muslim sempena cuti sekolah yang telah berlansung baru-baru ini.Alhamdulillah, penyertaan yang melebihi dari jangkaan dari pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri Perak,iaitu seramai 115 orang,lelaki dan perempuan, telah menjayakan kem tersebut dengan baik.

Peserta mula berlumpul di Kem Sri Murni, Gopeng, Perak seawal pukul 9 pagi. Sesi pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi dan diteruskan dengan sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Kem Komander, Akh Zulfikar Azlan Syariff.

Akh Azlan bersama salah seorang peserta semasa sesi taaruf

Antara peserta perempuan yang hadir

Selepas itu, perkhemahan telah dirasmikan oleh pengerusi Kelab sendiri iaitu Ustaz Tanusi b. Saaban pada pagi 30 Mei dalam sesi pembukaan yang berlansung kira-kira 30minit.

Sesi pertama adalah sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh Cikgu Nazri. Peserta-peserta dapat berkenalan dan menjadi lebih rapat antara satu sama lain selepas sesi ini.

Sesi ice breaking oleh Cikgu Nazri

Kemudian, peserta-peserta lelaki dan perempuan dibahagikan kepada lima kumpulan dan diserahkan kepada fasililator-fasililator masing-masing. Peserta dan fasililator masing-masing berkenal-kenalan sebelum bersama-sama makan tengahari.

Sesi antara peserta dan fasililator

Perkhemahan pada hari itu diteruskan dengan pengisian yang diberikan oleh Ustaz Zamri Hashim yang bertajuk "Remaja Al-Quran dan Perubahan". Pelbagai ilmu-ilmu yang berguna telah diberikan oleh Timbalan Mufi Negeri Perak ini.

Kira-kira jam 5 petang, peserta-peserta mula turun ke padang untuk beriadhah sesama mereka. Dalam slot ini, peserta-peserta bermain beberapa permainan menarik yang telah disusun. Anataranya ialah 'Zus Peng', 'Telur Rahsia' dan 'Memecah Telur'.
Peserta lelaki bermain permainan memecahkan telur

Di sebelah malamnya, peserta dihidangkan dengan pengisian dari Akh Aizat yang bertajuk "Tokoh Remaja Islam" sebelum disambung dengan sesi Night Walking. Night Walking pada malam itu berjaya memupuk perasaan sentiasa mengharap dan takut pada Allah SWT.

Pada esoknya pula,bermula dari jam 8.00 pagi,para peserta telah memulakan perjalanan yang cukup jauh dan memeritkan dan terpaksa melalui berbagai-bagai halangan di bawah panas terik mentari sebelum sampai ke destinasi pendakian Gua Kandu.

Peserta melepaskan lelah ketika memasuki Gua Kandu

Peserta bergerak ke Gua Kandu mengikut kumpulan-kumpulan yang disediakan. Dalam perjalanan, mereka dikehendaki singgah dan menyelesaikan setiap tugasan yang disediakan oleh fasililator di setiap checkpoint yang telah disusun. Ujian-ujian itu benar-benar mengujikan mereka sebagai remaja.

Kemudian mereka meneruskan pengembaraan ke dalam Gua Kandu yang memakan masa sekitar tiga jam. Peserta dapat menikmati suasana di dalam gua yang mencabar semasa merentas halangan-halangan di dalam Gua Kandu tersebut. Kemudian, peserta berehat di suatu sudut di dalam gua dan mendengar pengisian yang disampaikan oleh Akh Naqib bertajuk "Kesyumulan Islam Dalam Kehidupan Remaja."

"Kesyumulan Islam dalam hidup remaja" disampaikan oleh Akh Naqib

Ekspidisi ini berakhir kira-kira jam 2.30 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan mandi-manda di sungai bersebelahan tapak perkhemahan.

Pada malamya,para peserta telah diberi peluang untuk mencungkil bakat-bakat terpendam mereka melalui persembahan oleh setiap kumpulan. Pelbagai ragam dapat dilihat semasa mereka sedang mempamerkan bakat-bakat terpendam yang selama ini tersimpan. Antaranya lakonan drama, nyanyian dan sajak.

Peserta lelaki menonjolkan bakat seni yang terpendam selama ini

Hari terakhir program telah diisi dengan slot pengenalan KRIM oleh Ustaz Tanusi,kemudian sesi penutup yang disempurnakan oleh Naib YDP ISMA Perak,Tn Haji Ishak bin Don.

"Slot pengenalan KRIM" oleh Ustaz Tanusi

Secara keseluruhannya, kem ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan generasi harapan masa depan yang mampu membawa kesempurnaan Islam dalam kehidupannya. Peserta juga berpuas hati dengan keseluruhan program yang telah disusun sepanjang perkehmehan ini berlansung. Semoga para peserta dapat terus mengikuti program-program Kelab Remaja Isma yang akan datang!


Wassalam.

Thursday, May 14, 2009

Butiran Kem Generasi Harapan !



Tentatif Program:


30/5/09
9.00 am - Pendaftaran
10.00am - Taklimat
10.30am - minum
11.00am -ice breaking
1.00pm -Makan, Solat & Khidmat diri
2.30pm - Slot 1 ( Remaja Al-Quran Dan Perubahan)
4.00pm -Minum
4.30pm - Game
6.30pm -Khidmat Diri, makan, solat, mathurat dan tazkirah
9.00pm - slot 2 ( Tokoh Remaja)
10.30pm - Minum malam
11.00pm -Layar Malam

31/5/09

5.00am - Qiam
6.00am -Solat, Mathurat, Tazkirah
7.30am -Sarapan
8.30am -Rentas Alam & Slot 3 ( Kesyumulan Islam dalam kehidupan Remaja)
2.00pm -makan, solat, rehat
5.00pm - Permainan
6.30pm - khidmat diri, makan, solat
9.00pm -persembahan kumpulan
10.30pm -minum malam
11.00pm -mimpi malam

1/6/09

5.00am -qiamullail
6.30am - solat, mathurat, tazkirah
7.30am - khidmat diri, sarapan,
8.30am - slot 4 (pengenalan ISMA & KRIM)
10.00am -minum
10.30am -penilaian
11.30am -Majlis Penutup
12.30pm-2.00pm-makan tengahari, solat, bersurai.


Peralatan Yang Perlu Dibawa:-

LELAKI:
  • lampu suluh
  • Al-quran terjemahan
  • Mathurat
  • pakaian solat
  • seluar sukan
  • kasut sukan
  • T-shirt
  • Kelengkapan mandi
  • Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
  • Ubat-ubatan peribadi

PEREMPUAN:
  • Lampu suluh
  • Al-quran terjemahan
  • mathurat
  • pakaian solat
  • Tudung warna hitam dan putih
  • kelengkapan mandi
  • kasut sukan
  • t-shirt lengan panjang
  • seluar sukan bewarna gelap
  • kelengkapan mandi
  • pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
  • ubat-ubatan peribadi

Thursday, April 30, 2009

Perkhemahan KRIM Perak Hampir Tiba!



PERKHEMAHAN GENERASI HARAPAN - KRIM Perak
TARIKH
30,31 MEI HINGGA 1 JUN 2009
TEMPAT
KEM MURNI , GOPENG PERAK
YURAN
RM50.00 SEORANG PESERTA
UNTUK MAKLUMAN LANJUT HUBUNGI
USTAZ TANUSI BIN SA`ABAN - 019-4486334

Sunday, April 26, 2009

Laporan terkini

7 Mac, IPOH - Satu program pengisian telah berjaya diadakan di pejabat ISMA cawangan Ipoh di sini.

Program yang dikendalikan oleh Ustaz Fadlan Shahidi bin Gazali telah bermula seawal jam 8 pagi. Program tersebut telah berjaya mengumpulkan 40 orang remaja lelaki dan perempuan dari seluruh negeri perak. Program bermula dengan pengisian oleh Encik Mohd. Assiddiq bin Fauzan bertajuk : " Tokoh remaja : Hassan Al Banna ".

Slot Seterusnya diisi dengan ceramah dari Ustaz Fadlan Sendiri bertajuk : " Remaja Cemerlang, Ummah Terbilang ". Setelah itu, para peserta dihidang dengan makan tengahari seterusnya solat zohor di Masjid Sultan Yusuf.

Program di teruskan dengan pengisian oleh tuan Azman bertajuk : " Sempurnakan Solatmu ". Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan pengisian yang dianggap ' dapat membentuk jati diri remaja muslim ' serta berharap program sebegini dapat dijlankan lagi di masa yang akan datang.

Wassalam.

Wednesday, April 22, 2009

Qudwah Kepada Remaja Islam !

Alangkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan remaja, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang-ulang.
Marilah kita sama sama merujuk kepada sejarah Islam..
Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…
Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?
Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?
Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?
Siapakah yang menjadi sandaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?

Siapakah golongan digelar ‘as-sabiqun’ dalam sejarah Islam..? Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia? Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud; "Sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien” hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenangjung tanah Arab..? Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?

Siapakah yang berjuang menentang aliran aliran memusuhi Islam dan menyengutukan Allah..?

Wahai Para Remaja!!!

Rujuklah sejarah.. bacalah buku buku sejarah… kamu akan dapati contoh-contoh dan qudwah kepada para remaja….

Siapakah Zubair bin al A’wam ra?

Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Islam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam.. sebaya dengan usia remaja tingkatan 3!!!

Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita-cita dan berusaha seperti Zubair bin al A’wam?

Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?

Di antara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang tokoh da'ie, seorang pahalawan yang mahir, gagah dan ke hadapan dan seorang dermawan fi sabililLah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia 16 tahun ketika ia memeluk Islam.

Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra?

Seorang sahabat yang besar….orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya mustajab. Satu-satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibubapanya, ketika mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud "irmi Saad fida’ka abi wa ummi" yang bermaksud "Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku" yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi

Beliau berusia 17tahun ketika memeluk Islam.

Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?

Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz dakwah selama 3 tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketahui oleh pembesar-pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa 'Fir’aun umat', Abu Jahl dari kabilah bani Makhzumi adalah merupakan musuh nombor 1 dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.

Cuba bayangkan apakah remaja yang seusia dengannya fikirkan, apa yang dimimpikan, mungkin mahu menjadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Milion dan sebagainya.

Kita ketika membaca kisah pahlawan-pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra, Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicarakan kisah pahlawan-pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan-pahlawan yang agung dalam usia remaja. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan, kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya remaja hari ini bangga menjadi mereka sebagai qudwah, ikutan dan impian, lebih lebih lagi mereka adalah sahabat-sahabat kepada junjungan besar Rasulullah saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.



Ustaz Mohamad b. Ismail
Sekretariat Pembangunan Belia
ISMA Pusat

Saturday, January 3, 2009

Rehlah Remaja Ke Kuala Kangsar

Perak 21 Feb 2009 - Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Ipoh telah mengadakan program rehlah remaja perak pada 21 Feb 2009 . Program Rehlah ini disertai oleh tiga kawasan iaitu dari Ipoh, kuala kangsar, Taiping dan Perak Tengah. Seramai 25 orang dikalangan remaja dan 3 orang Pembina membantu perjalanan program . bermula di Sungai Perak Safari Resot dan berakhir di Masjid Ubudiyyah

Program bermula dengan taklimat dan pembahagian kumpulan oleh Ustaz Tanusi Saaban selaku pengerusi KRIM cawangan IPOH , selepas itu menikmati sedikit jaudah yang telah disediakan oleh sahabat-sahabat kuala kangsar yang cukup menyelerakan
Perjalanan bermula dengan melintasi jambatan yang menyeberangi sungai perak yang penuh dengan sejarah , sambil menikmati keindahan alam disekitar persisiran sungai Perak yang tenang di bawah sinaran terik mentari mengingatkan kita betapa indahnya alam ciptaan Allah untuk kita nikmati . Bila melintasi Jambatan dibawah terik mentari yang membakar teringat pula titian yang Allah sediakan untuk semua orang . adakah untuk kita disediakan sebesar jambatan ini atau sebesar rambut yang dibelah tujuh .. ….

Sepanjang perjalanan yang diberi nama Perjalanan Meniti Kehidupan , ahli KRIM sealing bertaaruf , kenal mengenali selain mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Fazlan Syahidi Ghazali bertajuk peranan Remaja Sebagai Hamba Allah.

Menyeberangi sungai Perak dengan menaiki Sampan adalah satu pengalaman yang menarik
Sebelum mengakhiri program satu permainan telah diadakan antara peserta dan diakhiri dengan menjamu selera yang telah disajikan oleh ikhwah Kuala kangsar yang sedap dan enak…….