Sunday, July 26, 2009

Seribu Harapan. 2

[Keesokan harinya : Sabtu, 10 Pagi]
"Hamzah... Hamzah...
"Ye Ibu, ade ape ibu?"
"Ibu nak pergi pejabat ni, hari ni ibu jadi cikgu. Kena ajar orang. Hamzah nak ikut?"
"Ibu nak pergi pejabat, jadi cikgu?"
"Ajar orang?"
"Pejabat pun ada cikgu jugak ke?"
"Yela mestilah ada, kenapa, tak percaya ke Hamzah? "
"Percaya. Tapi, cikgu di sekolah dengan cikgu di pejabat sama ke ibu?"


Runsing Hamzah dengan kata-kata ibunya. Tetapi kerunsingannya itu membuatkan Hamzah ingin mengetahui lebih lanjut penjelasan ibunya.
"Hm, lebih kurang je, cuma yang ibu akan ajar nanti, bukan kanak-kanak yang seumur dengan Hamzah, tapi ajar orang-orang tua, kawan-kawan perempuan ibu."
Jelas ibunya sambil bersiap lalu mengambil kunci kereta Viva silvernya yang terletak di rak kunci.

"Hamzah nak ikut tak? Ibu dah lambat ni."
"Nak, nak!" Sahut Hamzah keriangan.
Bergegas Hamzah pergi ke bilik menukar pakaian kesukaannya, t-shirt 'Kicki Lhala' , berkolar hijau.
Entah mengapa kali ini Hamzah begitu bersemangat hendak mengikut ibunya selepas mendengar penjelasan ibunya tadi. Mungkin tertarik dengan kata-kata ibunya sebentar tadi,
("Tapi ibu ajar orang-orang tua, kawan-kawan perempuan ibu.")
"Tak sabar Hamzah nak tengok ibu ajar makcik makcik kat pejabat nanti. Ibu mesti power nantikan?" Tersengih-sengih Hamzah cuba berseloroh dengan ibunya.
Ibu Hamzah mampu tersenyum sambil mencubit pipinya yang tembam itu.
"Eee... Geramnya ibu dengan anak ibu seorang ni. Kecil kecil lagi dah pandai bergurau." Usik ibunya.
Di pejabat :
.......

Gerhana matahari terbahagi kepada empat jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh dan cincin) dan gerhana separa (sebahagian).

Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Dilaporkan, masyarakat Jepun bakal meraikan gerhana penuh dengan percikan bunga api, manakala di India, wanita hamil tidak dibenarkan keluar rumah bagi mengelak cahaya halimunan matahari dan pelbagai tahyul berkaitan gerhana matahari.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah online menyatakan masyarakat Islam perlu melihat fenomena ini secara positif sebagai memperlihatkan kekuasaan Allah yang memperlihatkan matahari yang bercahaya secara tiba-tiba menjadi gelap, kemudian bercahaya semula.

Kehebatan kekuasaan Allah mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qada dan qadar-Nya.

Allah berfirman dalam al-Quran menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan itu adalah di bawah tadbir-Nya.

Oleh itu sujudlah kepada Allah yang mengawal selia dan menyelenggara terbit dan terbenam matahari serta bulan.

Firman-Nya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah." – (Surah al-Fussilat, ayat 37)

Catatan sejarah Islam memperlihatkan gerhana matahari berlaku pada 10 Rabiulawal tahun kelapan Hijrah. Kebetulan gerhana matahari itu berlaku sewaktu kematian putera Baginda SAW, iaitu Ibrahim ketika usianya baru 70 hari. Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud: "Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu." – (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari)

Sesungguhnya berlakunya gerhana matahari atau bulan memang menjadi tanda kebesaran Allah dan supaya manusia bersyukur terhadap-Nya tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun.

Imam an-Nasaie meriwayatkan, Saidatina Aishah berkata: "Dan sesungguhnya sudah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang .....

[Setelah beberapa jam berlalu maka tamatlah aktiviti-aktiviti + program-program di pejabat]

Sepanjang perjalanan pulang, hamzah tidur dengan nyenyak. Mungkin penat bermain dengan kawan seumurya di pejabat tadi, atau penat mendengar celoteh ibunya.

Begitulah Hamzah, seorang kanak kecil yang berlari dan terus berlari.

No comments:

Post a Comment